Kecoh beg jurufoto disangka bom

Kecoh beg jurufoto disangka bom

Unit pemusnah bom dikejarkan ke majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu.

Zainol-Samah3_beg

KUALA LUMPUR:
Sebuah beg yang ditinggalkan di luar ballroom sebuah hotel malam tadi mencetuskan panik dan pihak pengurusan khuatir ia berisi bom.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata sebuah unit pemusnah bom dari IPD Dang Wang dikejarkan ke hotel berkenaan setelah menerima panggilan, namun unit itu mengesan beg tersebut hanya berisi sebuah kamera.

Beliau berkata beg itu kemudian dituntut seorang jurufoto sambilan yang membuat liputan majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.