Tertekan diganggu bekas suami, Fasha Sandha buat laporan polis

Tertekan diganggu bekas suami, Fasha Sandha buat laporan polis

Pelakon itu mendakwa bekas suaminya sering keluar masuk ke rumahnya tanpa kebenaran dan mengganggu kehidupan peribadinya.

fasha

KUALA LUMPUR:
Pelakon terkenal Fasha Sandha terpaksa membuat laporan polis semalam kerana tidak tahan dengan gangguan daripada bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Fasha, 32, mendakwa Jejai sering keluar masuk ke rumahnya tanpa kebenaran dan mengganggu kehidupan peribadinya apabila dia bersama rakan-rakan.

Katanya, laporan polis dibuat kerana dia rasa tertekan dengan tindakan bekas suaminya selain laporan itu sebagai perlindungan bagi dirinya.

Laporan polis itu dibuat kira-kira pukul 1 petang semalam, di Balai Polis Ampang dengan ditemani peguamnya, Zulkifli Che Yong, lapor Utusan Malaysia.

Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 sebelum bercerai dengan talak satu pada 20 Januari lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.