Alaska Airlines henti penerbangan akibat gangguan teknikal

Alaska Airlines henti penerbangan akibat gangguan teknikal

Walaupun punca sebenar gangguan masih belum diketahui insiden sama sebelum ini memaksa syarikat itu gantung semua penerbangan selama hampir tiga jam pada Julai.

Kenyataan memaklumkan Alaska Airlines sedang mengalami gangguan sistem IT yang menjejaskan operasi. (Gambar EPA Images)
ISTANBUL:
Syarikat penerbangan Alaska Airlines menghentikan semua penerbangannya di seluruh Amerika Syarikat pada Khamis berikutan gangguan teknikal, menandakan gangguan kedua seumpamanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Alaska Airlines sedang mengalami gangguan sistem IT yang menjejaskan operasi. Hentian sementara penerbangan telah dilaksanakan,” menurut syarikat itu dalam kenyataan.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Sekiranya anda dijadualkan untuk terbang malam ini, sila semak status penerbangan anda sebelum berlepas ke lapangan terbang.”

Walaupun punca sebenar gangguan itu masih belum diketahui, insiden serupa sebelum ini memaksa syarikat penerbangan itu menggantung semua penerbangan selama hampir tiga jam pada Julai lalu, menurut laporan media.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.