“Beliau masih dirawat di hospital. Malam semalam tekanan darahnya terlalu tinggi dan dia pengsan,” kata kakitangan yang tidak mahu dinamakan itu.
Terdahulu, New Straits Times Online melaporkan Ravi gagal menghadiri inkuiri Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) hari ini kerana pengsan.
Isterinya, Karthiyani Govindran dilaporkan berkata: “Saya minta maaf… Ravi pengsan,” katanya kepada pemberita seusai menghadiri sesi siasatan itu.
Karthiyani kemudianya bergegas ke hospital untuk melihat keadaan suaminya.
“Kita terima maklum balas yang baik daripada pihak jabatan dan akan ada satu lagi sesi bersama mereka minggu depan,” kata Rayani.
DCA menggantung operasi Rayani Air selama tiga bulan pada 11 April lalu selepas juruterbang mereka mogok lalu mengakibatkan kelewatan yang mengakibatkan penumpangnya tersadai.
DCA kini sedang menyiasat syarikat itu, yang merupakan penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan menampilkan pramugari bertudung dan bacaan doa sebelum berlepas.