
Mangsa ditemukan pengsan di dalam tandas oleh guru sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.
Ibu mangsa kemudian dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah pada 9.05 pagi dan didapati terdapat kecederaan lebam di badan anaknya.
Difahamkan, mangsa dipukul sekitar 12.10 tengah malam, dipercayai berpunca daripada tindakannya yang didakwa memburukkan seorang rakan kepada salah seorang suspek.
Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata siasatan awal mendapati seorang pelajar berang selepas mangsa dipercayai mengaibkan rakannya sebelum mengajak tiga lagi pelajar lain mencari mangsa.
Katanya, empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan untuk siasatan.
“Hanya seorang iaitu pelajar Tingkatan 4 terbabit direman tiga hari manakala tiga lagi dibebaskan oleh Mahkamah Sungai Petani pada Khamis,” katanya menurut Sinar Harian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, kejadian itu kes pertama seumpamanya di asrama berkenaan dan tiada rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi.