Letak jawatan, Bashah tak layak jadi Presiden KFA – Netizen

Letak jawatan, Bashah tak layak jadi Presiden KFA – Netizen

Rata-rata netizen berasa tertipu dengan kenyataan Ahmad Bashah yang juga  memalukan rakyat Kedah

Ahmad-Bashah
PETALING JAYA: Laman sosial Facebook Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah diserang netizen susulan pengasas D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menafikan bahawa beliau mahu merampas tanah di Kedah.

Rata-rata netizen berasa tertipu dengan kenyataan Ahmad Bashah yang sebelum ini memaklumkan bahawa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) terpaksa menolak tajaan RM30 juta daripada D-Herbs disebabkan permintaan Aliff boleh mengakibatkan aset rakyat Kedah tergadai.

Susulan kenyataan Aliff semalam di pejabatnya, netizen mula menyerang laman sosial Facebook Bashah dan mendesak supaya Presiden KFA itu berundur dan meletakkan jawatannya dalam KFA.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padah nya. Orang dah tak percaya. Sepatutnya sebelum buat keputusan, Presiden (Ahmad Bashah) jumpa dan bincang dulu. Bagi tahu elok-elok kalau nak tolak. Jangan memalukan orang yang nak bantu kita tolak depan media dan buat tuduhan bukan-bukan,” tulis Datuk Seri Zaenal.

“Cara Menteri Besar Kedah sangat tidak profesional. Dengan Datuk Mukhriz Mahathir dulu. Sekarang yang ini. Dua benda yang sama dan tidak profesional. Saya malu nak mengaku anak jati Kedah sebab ada pemimpin macam Datuk. Maaf kalau kasar tetapi ianya benar. Kalau tidak dapat terima, itu masalah beliau, bertabahlah Aliff Syukri,” tulis Zul Farhan Ahmad.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong Kedah mahukan jawatan Presiden KFA dikembalikan kepada bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Letak jawatan Datok. Dah tak nampak kemajuan sudah bola kita. Orang lain lena nak taja pon jadi meluat. Bagi orang lain pula. Mukhriz pun ok juga. Orang tak suka tak faham lagi,” tulis Abdul Rahman.

“Kembalikan Mukhriz. Anda sesen pun tak layak jadi Menteri Besar kami. Mat lena, bukan kami meroyan, tetapi anda dengan suku sakat anda yang meroyan. Sambil rampas kerusi Mukhriz kami, sekarang buat pula dekat orang yang nak menaja pasukan Kedah. Keluarga aku sebelum ini orang kuat Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Tetapi pemilihan lepas ini semestinya tidak untuk anda. Cukup menyesal dengan cara BN dan UMNO jaga rakyat,” tulis Lina.

Sebelum ini, Aliff Syukri menawarkan RM100 juta sekiranya KFA mempunyai bukti beliau mahu ‘merampas’ tanah di Kedah.

Tegas beliau, dakwaan yang dibuat Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa aset rakyat di Kedah akan tergadai jika tajaan berkenaan diterima adalah tidak benar.

Aliff juga berkata butiran yang tersebar di media sosial selepas KFA mengumumkan penolakan tajaan syarikatnya telah mengaibkan nama beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.