Helikopter terputus hubungan tiga minit setelah berlepas

Helikopter terputus hubungan tiga minit setelah berlepas

Pengawal trafik udara cuba menghubungi helikopter itu beberapa kali bermula jam 4.28 petang hingga 4.56 petang.

Civil Aviation Department Director Azharudin Abdul Rahman
KUCHING: Hubungan terakhir yang dibuat juruterbang helikopter membawa seorang timbalan menteri dan empat penumpang lain semalam ialah pada jam 4.15 petang, tiga minit setelah berlepas.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata juruterbang itu memberitahu mereka dijangka tiba di kawasan Simunjan kira-kira 20 minit setelah berlepas pada jam 4.12 petang.

“Pengawal trafik udara Simunjan cuba menghubungi pesawat itu pada jam 4.28 petang tetapi tiada respons. Beberapa lagi cubaan dilakukan untuk menghubungi helikopter itu pada jam 4.29 petang, 4.39 petang dan 4.56 petang.

“Tetapi masih tiada respons daripada helikopter berkenaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beberapa serpihan helikopter itu dan satu mayat wanita ditemui dekat Sungai Batang Lupar di Sebuyau, pagi tadi.

– BERNAMA

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.