Bomoh Thai sudah jangka serangan kedua histeria

Bomoh Thai sudah jangka serangan kedua histeria

Tok Wan tidak dapat pastikan sebab serangan kedua kecuali jika dia 'berkomunikasi' dengan makhluk tersebut.

histeria

PETALING JAYA:
Kejadian serangan histeria kedua di SMK Pengakalan Chepa 2, pada Rabu lalu sememangnya sudah dijangka oleh seorang bomoh dari Thai.

Tok Wan Mat dari Sungai Golok, Thailand menyatakan perkara itu kepada akhbar New Straits Times pada bulan lalu selepas mempercayai makhluk halus tersebut akan kembali ke sekolah itu walaupun selepas sesi pembersihan dilakukan.

Ditanya sebab makhluk yang diklasifikasinya sebagai pontianak dan pocong kembali, Tok Wan sendiri tidak dapat pastikan kecuali jika dia ‘berkomunikasi’ dengan makhluk tersebut.

“Saya tak boleh beritahu apa yang berlaku. Saya mungkin tahu selepas berhubung dengannya (makhluk asing),” katanya.

Tok Wan dipanggil ke sekolah itu pada bulan lepas ekoran serangan histeria yang ke atas kira-kira 100 pelajar di sekolah tersebut.

Manakala, Pengetua sekolah, Siti Hawa Mat mengesahkan kejadian pada Rabu dan akui keadaan kembali pulih semalam.

“Saya telah menghantar laporan kejadian kepada unit komunikasi Jabatan Pendidikan. Pihak media boleh dapatkan maklumat daripada mereka.

“Kami sedang mengendalikan doa khas dan mengenal pasti kaedah menyembuhkan pelajar daripada serangan ini. Doa khas diadakan sejak bulan lepas sekolah dilanda masalah ini,” katanya.

Menurut laporan, serang histeria berlaku pada pukul 10 pagi hari Rabu selepas seorang demi seorang pelajar mula menjerit tanpa sebab.

Justeru, sekolah membenarkan semua pelajar yang lain pulang dan pelajar terkesan dibawa ke klinik menaiki dua ambulans.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.