Pengarah BTP ke Miri atas urusan kerja

Pengarah BTP ke Miri atas urusan kerja

Hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku antara keluarganya.

BTP

KUALA LUMPUR:
Polis mengesahkan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan yang dilaporkan hilang sejak 30 April lalu, sebenarnya berada di Miri atas urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata, Zaidi Yazid, 56, dilaporkan keluar dari rumahnya di Seksyen 4, Bangi, kira-kira jam 6 petang Sabtu lalu dengan memaklumkan kepada keluarganya beliau akan ke pejabat bagi menghadiri kursus.

“Pada Ahad lepas, anaknya ada menghantar WhatsApp kepada ayahnya, tetapi dia (Zaidi) tidak mengaktifkan telefon bimbitnya sehingga laporan polis dibuat oleh anaknya di Balai Polis Bandar Baru Bangi (kelmarin).

“Hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku antara keluarganya. Anaknya turut membuat semakan secara persendirian tetapi gagal mengesan Zaidi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama, polis membuat semakan di pejabat Zaidi dan mendapati beliau menghadiri kursus di Miri sejak 1 April sehingga 29 April lalu dan terus mengambil cuti mulai semalam sehingga Khamis ini.

Selain itu, semakan polis dengan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Miri mengesahkan Zaidi telah pulang ke ibu kota semalam, dengan menaiki penerbangan MH2575 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3.05 petang Selasa.

“Polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kehilangannya dan akan memanggil Zaidi untuk merakam percakapan bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.