Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia sebagai persediaan untuk memastikan pasukan keselamatan dapat memantau kawasan perairan berkenaan, sekali gus dapat melaksanakan operasi secepat mungkin jika berlaku kejadian yang tidak diingini.
“Saya selalu berpesan kepada ejen-ejen pelancongan atau pelancong luar agar maklumkan kepada balai polis terdekat sebelum melakukan apa juga aktiviti di perairan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN), di sini hari ini, lapor Bernama.
Beliau mengulas kejadian dua warga Sepanyol, seorang rakyat China dan seorang warga tempatan yang dilapor hilang ketika menaiki bot dari Pulau Balambangan di Bangi ke Tanjung Simpang Mengayau dekat sini, pada Isnin.
Ekoran itu, Khalid juga menggesa agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian itu.
“Kita masih menyiasat dan belum mendapat pengesahan sebenar tentang punca kehilangan mereka. Namun kita mendapat laporan bahawa waktu itu keadaaan laut tidak begitu baik…dengan ombak besar dan angin kuat,” katanya.
