
Ini kerana katanya, beliau masih ada seorang nenek berketurunan Dayak yang beragama Kristian dan teguh menyokong setiap perjuangannya.
“Saya masih mendapat restu daripada keluarga terutama daripada nenek saya yang beragama Kristian yang berketurunan Dayak,” tulisnya dalam Facebooknya hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan neneknya yang berusia 75 tahun terhadap tindakannya bertanding atas tiket DAP di DUN Batu Kitang.
“Saya tidak suka cucu saya cabar BN dan ini sebabnya saya berada di sini untuk menyokong calon BN di Batu Kitang, Lo Khere Chiang. Jangan undi Abdul Aziz, saya tak suka.
“Beliau masih muda dan belum mula bekerja, tetapi tiba-tiba mahu menentang kerajaan,” kata Mazuyin kepada wartawan di Batu Kitang, semalam.
Abdul Aziz berkata, beliau bukannya menentang kerajaan seperti yang didakwa neneknya, tetapi hanya pemimpin-pemimpin korup.
“Minta maaf, ini pilihan saya dan ini untuk rakyat. Saya masih mempunyai nenek saya yang beragama Kristian yang selalu menyokong cucunya yang beragama Islam ini,” katanya.
Abdul Aziz bakal berentap dengan empat calon lain daripada BN, Khere Chiang; PKR yang diwakili Voon Shiak Ni dan dua calon Bebas, Othman Bojeng serta Sulaiman Kadir pada Sabtu ini.