“Tetapi beberapa langkah melibatkan rundingan dengan semua Raja-raja, maka perlukan sedikit masa lagi,” jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kenyataan Najib itu, yang dibuat selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, merujuk kepada kontroversi melibatkan guru tadika Indira Ghandhi dan bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah.
Mereka bertelagah merebut hak penjagaan anak bongsu mereka.
Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan polis supaya menahan Muhammad Riduan.
Indira bagaimanapun berkata usaha merebut anak perempuan bongsunya masih belum selesai.
Ibu tunggal berusia 41 tahun itu khuatir Muhammad Riduan akan melarikan diri ke luar negara bersama anak mereka, Prasana Diksa, 8, yang dipercayai masih bersamanya.
“Saya mahu temui anak saya. Kali terakhir saya diberitahu dia berada di Kota Bharu, Kelantan, pada 2014. Dia sepatutnya memulangkan anak perempuan saya,” kata Indira.
