Nawi yang dipetik Malay Mail Online berkata, keadaan di negeri itu seperti sedia kala.
“Tidak…ia tidak benar. Mana awak dapat cerita ini?
“Setahu saya, saya tidak dengar apa-apa pun mengenai Menteri Besar akan digantikan,” katanya.
Nama Nawi adalah yang ketiga muncul bagi menggantikan Ahmad Razif, selepas semua darjah kebesaran ADUN Seberang Takir itu dilucutkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkuat kuasa 22 April lalu.
Dua lagi nama yang disebut-sebut sebagai pengganti Ahmad Razif ialah ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee.
Portal berita itu turut memetik Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menggesa Ahmad Razif melepaskan jawatannya, kerana tidak lagi disenangi Sultan Terengganu.