Maria Chin gagal batal pertuduhan

Maria Chin gagal batal pertuduhan

Mahkamah Tinggi mendapati Maria tidak mempunyai merit kerana gagal untuk mengemukakan permohonan mengadakan perhimpunan dalam tempoh 10 hari.

maria chin
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Penganjur Perhimpunan Bersih 4, Maria Chin Abdullah untuk membatalkan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya kerana menganjur perhimpunan haram pada Ogos tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Shariff Abu Samah berkata, permohonan Maria itu tidak mempunyai merit kerana beliau gagal untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh 10 hari kepada Polis Daerah Brickfields seperti yang termaktub dalam Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Permohonan pemohon tidak mempunyai merit,” katanya.

Mohamad Sharif mengarahkan pendakwaan terhadap Maria diteruskan.

Sementara itu, Peguam Maria, Ambiga Sreenevesan berkata, pihaknya akan merayu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi itu.

Maria, yang juga pengerusi Perhimpunan BERSIH 2.0, didakwa sebagai penganjur gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis Daerah Brickfields, 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan itu di hadapan kompleks beli-belah NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields antara 2 petang hingga 3 petang, 29 Ogos lepas, yang melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.