Menerusi video yang menjadi viral, lelaki berkenaan, Naren Narasiah bertanya kepada pasangan warga Singapura berkenaan sama ada mereka tidak nampak papan tanda yang menunjukkan ruang yang mereka gunakan adalah tempat meletak kenderaan untuk OKU.
Soalan Naren itu dijawab oleh wanita warganegara Singapura yang mendakwa, mereka tidak nampak papan tanda yang terpampang.
Jawapan itu telah membangkitkan kemarahan Naren dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal.
“Saya tak peduli 10,000 kereta..itu papan tanda dah tunjukkan parking (tempat letak kereta) untuk OKU. Di Singapura anda buat macam ini ke atau tidak? Buat atau tidak?
“Saya ingatkan di Singapura kena ikutkan peraturan tapi selepas anda sampai di sini anda tidak ikut peraturan kan?,” soalnya.
Bagaimanapun, wanita terbabit meminta maaf kepada Naren sambil menyatakan tidak berniat untuk menggunakan hak OKU dengan mengambil tempat letak kenderaan itu.
Permohonan maaf itu tidak diendahkan oleh Naren kerana berpendapat bahawa, pasangan itu perlu meminta maaf kepada OKU yang tidak dapat mencari tempat untuk meletak kenderaan mereka.
“Kerana monyet seperti anda parking di sini dan OKU tak dapat nak parking. Apa perasaan mereka bila kena tunggu lama. Berapa lama OKU nak kena tunggu?
“Anda tahu, saya sangat jelik terhadap orang yang tak bertanggungjawab seperti anda. Sekarang anda meminta maaf disebabkan saya menjerit kepada anda. Anda takut sebab tak tahu nak cakap apa. Kerana OKU tidak dapat berjuang untuk hak mereka,” tegasnya dengan sindiran.
Menerusi visual itu juga, Naren turut mempersoalkan bagaimana dua orang warga Singapura itu hendak membayar ganti rugi kerana mereka turut melanggar keretanya.
“Awak dari Singapura, saya dari Shah Slam. Macam mana awak nak baiki kereta saya? Di mana awak nak baiki kereta saya? Saya dalam perjalanan balik ke Shah Alam,” soalnya.
https://www.facebook.com/video.php?v=10153523074138193
