Diarah kosong rumah, penduduk minta bantuan Azmin

Diarah kosong rumah, penduduk minta bantuan Azmin

Seramai 57 keluarga dari lima ladang telah diberikan notis supaya mengosongkan rumah berkuatkuasa pada 15 April ini.

demo1
SHAH ALAM: Kira-kira 100 penduduk dari lima ladang bakal kehilangan tempat tinggal apabila diarah mengosongkan rumah oleh pemilik baharu ladang berkenaan.

Jurucakap penduduk berkenaan, S Arulchelvan berkata, penduduk berkenaan telah menerima notis mengosongkan rumah berkuatkuasa 15 April ini daripada pemilik ladang, Tagar Properties Sdn Bhd.

Menurut Arul, pemilik ladang sebelum ini iaitu syarikat Berjaya telah berjanji untuk memberikan lot-lot tanah dan juga rumah teres kos rendah.

“Namun, hasrat itu tidak dipenuhi apabila Berjaya menjual tanah ladang itu kepada Tagar Properties pada akhir 2014.

“Dan kini, Tagar Properties dilihat cuba melarikan daripada tanggungjawab membina perumahan untuk pekerja ladang dengan alasan mereka adalah tuan ladang baru,” katanya.

Penduduk terbabit merupakan bekas pekerja ladang di Sungai Tinggi, Mary, Bukit Tagar, Nigel Gardner, dan juga Minyak.

demo2
Sehubungan itu, penduduk berkenaan mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) hari ini bagi mendesak kerajaan negeri campur tangan.

“Kami berhimpun di sini adalah untuk meminta supaya campur tangan dari Menteri Besar dan juga EXCO terlibat,” kata Arul.

Memorandum kepada kerajaan negeri diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor dan EXCO negeri, V Ganabatirau.

Arul yakin Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dapat membantu dengan campur tangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah penduduk terbabit.

demo3

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.