Kali ini, Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) membuat kecaman itu selepas usaha itu dilihat tidak praktikal dan tidak sesuai dilaksanakan berdasarkan situasi negara ketika ini.
Presidennya, Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, “Ia mungkin boleh mengelakkan peningkatan seks bebas dalam kalangan remaja, tetapi dalam populasi yang kecil sahaja.
“Ini kerana pencegahan utama ke atas perlakuan seks bebas ialah melalui pendidikan agama, bukannya dengan perkahwinan di awal usia.
“Tambahan pula berkahwin seusia 16 tahun adalah perkahwinan pra matang, mereka tiada kekuatan ekonomi rumahtangga, tiada pekerjaan, halangan pembelajaran dan mungkin tidak matang untuk menyelesaikan masalah rumahtangga. Kemungkinan peratusan perceraian pula yang akan meningkat,” katanya kepada FMT.
Begitu pun, Nik Mazian tetap mempertahankan cadangannya itu kerana ia dilakukan berdasarkan hukum Islam.
Undang-Undang Keluarga Islam meletakkan syarat umur minimum perkahwinan 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam keadaan tertentu, manakala undang-undang sivil menetapkan umur minimum 18 tahun untuk kedua jantina.