Penggal kepala, belah perut buaya cari cebisan badan manusia

Penggal kepala, belah perut buaya cari cebisan badan manusia

Penduduk mengambil tindakan itu selepas gerakan mencari hanya menemui kaki dan kepala mangsa.

buaya_kill_600

PETALING JAYA :
Penduduk kawasan Sungai Nakat, Kabong, Miri, Sarawak bertindak nekad dengan memotong kepala dan membelah perut dua ekor buaya bagi mencari sisa tubuh mangsa yang mati dibaham buaya, Richard Shutine Tambi, 57.

Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 27 saat yang dimuat naik menerusi Facebook Info maya, kelihatan tiga lelaki bergilir-gilir memenggal kepala dua ekor buaya itu menggunakan kapak sambil disaksikan orang ramai.

Menurut laporan beberapa media, mangsa dilaporkan mati dibaham buaya pada 27 Mac lalu ketika memukat ikan.

Gerakan mencari sisa anggota badan mangsa menemui jalan buntu. Ahli keluarga dan penduduk sepakat menggunakan khidmat pawang buaya dan menemui kaki dan kepala mangsa.

Selepas tiga hari menjalankan ritual untuk memerangkap buaya, penduduk akhirnya berjaya menangkap tiga ekor buaya.

Perbuatan penduduk membunuh buaya berkenaan menggunakan kapak mendapat pelbagai reaksi netizen.

“Kesian binatang tu….kenapa kita sendiri tidak berhati hati . Orang Sarawak sendiri tahu sungai tempat diorang memang banyak buaya sepatutnya kena berhati hati..,” kata Taufik P Uasa.

“Sembelih jela, jangan sampai menyeksa binatang..tak bermoral langsung..,” kata Nurfariha Zaini

https://www.facebook.com/kisah2benar/videos/622445747906486/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.