Menurutnya, tindakan bekas Perdana Menteri itu yang telah mengendalikan Deklarasi Rakyat telah menyebabkan dirinya tidak lagi dipandang hebat di mata rakyat.
“Pemimpin hari ini perlu berjiwa kental menangani setiap permasalahan yang timbul kerana akan diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian sama ada di peringkat cawangan mahupun di peringkat pusat.
“Baik di peringkat mana pun kita akan diuji sebab syaitan di level mana pun dia akan kacau, kalau orang tu Ketua Bahagian, syaitan yang datang kacau itu pun level Ketua Bahagian juga, kalau level orang tu menteri, syaitan yang datang tu pun tahap menteri-menteri juga,” katanya yang dipetik dari laman portal bnbbc.my.
Tegasnya, daripada dugaan sedemikian jugalah rakyat mampu melihat sama ada pemimpin itu berjaya atau gagal termasuk dalam menyediakan barisan kepimpinan yang hebat atau pun sebaliknya.