Beliau berkata, laporan itu turut menyangkal kesemua tuduhan dan dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB melalui bukti yang dikemukakan.
“Laporan PAC telah membuktikan secara muktamad bahawa kesemua wang dan dana telah dikira dan kesemua transaksi telah disahkan. Tiada wang dan dana yang telah dilaporkan hilang.
‘Terbukti, tiada elemen jenayah atau penyalahgunaan dana sebagaimana yang dituduh selama ini,” katanya yang dipetik dari Bernama.
Hasbi berkata laporan itu juga turut mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak segala tuduhan terhadap Perdana Menteri selama ini adalah tidak berasas.
Sementara itu, Anggota Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, laporan berkenaan telah dirumuskan secara kolektif dan konsensus antara kesemua 14 anggota PAC yang mewakili kedua-dua penyokong kerajaan dan pembangkang.
“Pembentangan laporan ini membuktikan sistem demokrasi diguna pakai secara efektif melalui jawatankuasa yang menggabungkan komposisi penyokong dan pembangkang kerajaan,” katanya.
Ahmad Hamzah yang juga anggota PAC berkata laporan akhir jawatankuasa itu adalah titik muktamad kepada semua spekulasi dan tuduhan yang dibuat terhadap 1MDB.
“Saranan PAC yang diputuskan secara kolektif melalui pembentangan laporan itu perlu diberi perhatian bagi mengekalkan integriti Parlimen,’ katanya.