Kenapa tergesa-gesa tahan Rafizi? – Mahfuz

Kenapa tergesa-gesa tahan Rafizi? – Mahfuz

Mahfuz berkata, polis sepatutnya menghormati Parlimen dengan menunggu sidang Dewan Rakyat selesai sebelum menahan Rafizi, kerana kesalahan di bawah OSA bukan "jenayah berat"

MAHFUZ-RAFIZI--1

PETALING JAYA:
Polis sepatutnya menunggu sidang Dewan Rakyat ketika ini selesai, sebelum menyiasat dan menahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mengutuk penahanan Setiausaha Agung PKR itu berkata, tindakan polis itu membuktikan mereka tidak menghormati Parlimen.

Menurutnya, siasatan di bawah OSA tidak perlu dipercepatkan, kerana kesalahan di bawah akta itu bukan “jenayah berat”.

Tambahnya lagi, penahanan Rafizi bertujuan menakut-nakutkan dan membayangkan wakil rakyat itu bersalah.

Sehubungan itu, beliau menggesa polis membebaskan Rafizi dengan segera, selewat-lewatnya sebelum jam 10 pagi Jumaat ini, supaya Rafizi boleh melaksanakan tanggungjawabnya untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Jelasnya, Dewan Rakyat telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya memastikan semua jalan menuju ke Parlimen terus dibuka sepanjang persidangan berlangsung dan ahli parlimen tidak boleh dihalang daripada memasuki atau keluar dari Parlimen, selain memastikan tiada kekecohan berlaku di hadapan atau berhampiran bangunan itu.

Rafizi ditahan sebaik keluar dari kawasan Parlimen semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan memaklumkan, Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8 OSA, kerana menyampaikan rahsia rasmi secara salah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.