
“Setakat ini belum lagi (laporan keluar).
“Perkembangannya kita akan maklum,” kata Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail pada sidang media di Bukit Aman.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada polis telah menerima laporan kimia mengenai cecair disuntik ke atas anak Rafizi dalam serangan oleh dua lelaki berpakaian hitam di parkir
sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini tidak menolak kemungkinan serangan itu berkait dengan pertemuannya bersama sekumpulan pendedah maklumat (whistleblower) berhubung satu skandal.
Menurut beliau, kejadian itu mungkin cubaan untuk menutup mulutnya daripada terus mendedahkan isu berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, serta Seksyen 324 dan 352 Kanun Keseksaan.
Rafizi turut mendedahkan isterinya menerima mesej berbaur ugutan selepas insiden itu berbunyi: “Diam, jika teruskan, AIDS.”
Siasatan polis mendapati nombor telefon yang digunakan untuk menghantar mesej ugutan itu didaftarkan atas nama seorang warga asing.