Denggi: EXCO Kesihatan Selangor didesak letak jawatan

Denggi: EXCO Kesihatan Selangor didesak letak jawatan

BN Selangor mendakwa Dr Daroyah Alwi tidak bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah denggi sehingga mencapai tahap kritikal.

samsudin,dorayah

SHAH ALAM :
Barisan Nasional (BN) Selangor mendesak EXCO Kesihatan negeri, Dr Daroyah Alwi meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan masalah denggi.

ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias mendakwa, Dr Daroyah tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah denggi di Selangor yang telah mencapai tahap krisis sehingga 50 peratus, tertinggi jika dibandingkan dengan negeri lain.

“Dalam mesyuarat lepas kita lihat EXCO tak ambil inisiatif besar. Tadi dibangkitkan (ADUN) Dengkil kata beliau (Dr Daroyah) hanya hantar wakil. EXCO juga tak bersidang khusus untuk selesaikan masalah denggi ini

“Sedangkan kalau ikut KPI (Petunjuk Prestasi Utama), pada saya EXCO telah gagal selesaikan masalah denggi di Selangor. Kalau begini, kita menuntut kerajaan negeri Selangor tukar EXCO untuk selesaikan krisis ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Bekas Ketua Pembangkang Selangor itu berkata, pemimpin kerajaan negeri lebih mengutamakan Deklarasi Rakyat dan himpunan anti GST berbanding isu kematian yang disebabkan denggi.

“Mereka lebih minat isu politik berbanding kesedaran denggi. Kita lihat papan-papan tanda yang besar adalah untuk (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, sepatutnya billboard digunakan untuk kempen kesedaran kepada rakyat untuk perangi masalah denggi yang membawa maut,” tegasnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.