DASH projek Persekutuan, bukan Selangor – Azmin

DASH projek Persekutuan, bukan Selangor – Azmin

Pembinaan DASH tidak melanggar manifesto pakatan kerana ia bukan diluluskan oleh kerajaan negeri.

azmin dah

 

SHAH ALAM:
Pembinaan Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH) adalah projek daripada Kerajaan Persekutuan dan bukannya sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan negeri hanya menyokong usaha Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan lebuh raya di negeri ini.

“Kita kena ingat ini syarikat konsesi yang diberikan kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri.

“Pemberian kebenaran mengikut jajaran yang dibenarkan, itu sahaja bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Azmin berkata, pembinaan DASH tidak melanggar tidak melanggar manifesto pakatan kerana ia bukan diluluskan oleh kerajaan negeri.

Katanya, sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, pihaknya akan tetap memansuhkan tol.

“(Itu) manifesto Kerajaan Persekutuan, kalau ditakdirkan diberikan mandat di Putrajaya, insyaAllah kita akan laksanakan (memansuhkan tol). Sekarang kemenangan kita ditangguhkan,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor diselar oleh pemimpin UMNO dan GERAKAN sebagai tidak menunaikan janji untuk memansuhkan tol apabila meluluskan pembinaan lebuh raya baharu termasuk DASH.

Kerja pembinaan DASH dijangka bermula pada Ogos ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.