Ku Nan rayu kakitangannya tidak keji kerajaan

Ku Nan rayu kakitangannya tidak keji kerajaan

Malaysia jauh lebih baik berbanding negara membangun lain dalam menyediakan kemudahan termasuk perumahan kepada kakitangan awam.

ku-nan

PUTRAJAYA :
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merayu kakitangan kementeriannya supaya tidak mengeji kerajaan yang telah menyediakan segala-galanya untuk rakyat.

“Kita tak minta pujilah. Saya tak minta terima kasih kepada anak-anak buah (kakitangan kementerian) saya tu. Yang saya minta tolong, tolong jangan keji kami.

“Selama 59 tahun, kita mentadbir negara ini, apa yang tuan-tuan dapat ini takkanlah buruk negara ini. Khususnya penduduk Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program 1Malaysia Mobile Hawkers di sini. petang tadi.

Tengku Adnan atau Ku Nan berkata, tidak ada sebuah negara membangun seperti Malaysia yang membangunkan tempat perumahan khusus untuk kakitangan kerajaan.

“Hanya kerajaan yang ada inilah yang prihatin dan membantu untuk keselesaan pekerja,” katanya.

Beliau juga berharap semua kementerian di Putrajaya memberi perhidmatan yang selesa kepada rakyat kerana itulah tujuan Putrajaya dibangunkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.