Pensyarah dan penceramah bebas berkata, tindakan kerajaan Singapura itu berpunca daripada komen-komen yang dibuatnya terhadap golongan ultra kiasu.
Menceritakan insiden itu menerusi kolumnya di Sinar Harian hari ini, Ridhuan Tee menyatakan, beliau bersama rakannya pergi ke Singapura menggunakan jalan darat atas urusan peribadi.
“Sampai di Imigresen Woodland, saya diminta turun. Pemeriksaan dilakukan. Saya dilayan seperti pengganas. Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang surat mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana.
“Alasan tidak diberikan. Tetapi saya yakin ia amat berkaitan dengan komen saya terhadap ultra kiasu selama ini. Lihatlah pakatan mereka. Saya pun diiringi sampai melepasi Tambak,” katanya.
Ridhuan Tee menegaskan, beliau tidak rugi satu sen pun apabila tidak ke Singapura tetapi hanya mahu mengingatkan bahawa betapa bahayanya ultra kiasu.
Beliau juga mahu orang ramai untuk mengenali ultra kiasu yang sebenarnya dan menyatakan ultra kiasu tidak akan puas selagi negara ini tidak berada dalam genggaman mereka.
“Jangan disokong, termasuk majlis peguamnya, kerana mereka musuh Islam yang nyata,” tegasnya.