Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi prinsip patuh syariah yang sebenar.
Katanya, Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi juga perlu menunai janji dan menepati masa, yang menjadi salah satu prinsip syariah.
“Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh syariah. Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk diperdagangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama,” tulisnya di Facebook.
Baru-baru ini, Rayani Air membatalkan beberapa penerbangan menyebabkan penumpang menyerbu pejabat syarikat penerbangan terbaharu itu di KLIA2.
Rayani Air juga pernah membatalkan dua penerbangan dari dan ke Langkawi gara-gara cermin korpit pesawat retak yang menyebabkan ramai penumpang terkandas.
Video : Penumpang Rayani Mengamuk Di KLIA 2
https://twitter.com/eezaleeza/status/710668162899914754/photo/1?ref_src=twsrc%5Etfw
https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/1278403342189710?fref=nf
