Seruan itu itu adalah sebahagian daripada usul menyeru Peguam Negara, Tan Apandi Ali meletak jawatan yang diluluskan Mesyuarat Agung Tahunan badan itu, semalam.
Di sidang media seusai mesyuarat tersebut, Presidennya, Steven Thiru berkata penubuhan suruhanjaya itu tidak memerlukan pindaan pada Perlembagaan.
Beliau menjelaskan suruhanjaya itu menyamai suruhanjaya perlantikan kehakiman untuk perlantikan para hakim ke kedudukan hakim-hakim yang diiktiraf di bawah Perlembagaan.
“Maka kita boleh adakan satu lapisan di bawah Perlembagaan yang membolehkan perkara ini dilaksanakan, itu yang cuba kami usahakan.”
“Perlu ada proses pencadangan secara telus dan pencadangan kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong perlu berdasarkan hasil proses itu.”
Thiru berkata suruhanjaya itu perlu bebas daripada campurtangan kuasa Eksekutif.
Beliau menambah Badan Peguam Malaysia berpandangan bahawa kedudukan Peguam Negara perlu dipisahkan daripada kedudukan pendakwaraya.
Beliau menambah pendakwaraya perlu dijadikan pendakwaraya berpangkat rendah dan profesional yang hanya menjawab kepada kepentingan awam.
Beliau berkata amalan itu merupakan amalan di banyak negara lain dan penubuhan suruhanjaya seperti yang dicadangkan akan membawa kepada pemisahan antara Peguam Negara dan pendakwaraya.
Dalam sistem sedia ada, Yang di-Pertuan Agong melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri.
