
“Saya mahu membantu ibu-bu tunggal yang terpaksa melalui pelbagai cabaran termasuk terpaksa mengambil cuti semata-mata untuk menjaga anak,” katanya di luar Makkamah Syariah hari ini.
Sebelum itu, Mahkamah Syariah memerintahkan bekas suami Shahnaz, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib membayar mutaah sebanyak RM30 juta.
Shahnaz berkata, antara kerja-kerja kebajikan yang beliau berminat dan mungkin pertimbangkan untuk terbabit antaranya membantu mangsa penderaan domestik, membantu pelarian dan anak-anak yatim.
Menceritakan kekuatannya menghadapi kes itu, Shahnaz berkata, beliau banyak bersabar, selalu mengerjakan solat dan mengikut kelas agama untuk mendapat ketenangan.
“Kita perlu berani berjuang untuk mendapatkan hak,” katanya.
Shahnaz dan bekas suaminya telah tinggal berasingan selama 10 tahun sebelum sah bercerai pada Mei 2011.
Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur 23 tahun.
Mahmud Bekir merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Taib Mahmud manakala Shahnaz pula kakak kepada Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid.