
Ini kerana, insan tersebut Nur Hamidah yang kini sudah berusia 23 tahun berjaya dihubungi dan maklumat itu dikongsikan di laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Menurut status yang dimuat naik itu, salah seorang pegawai kanan bomba telah berjaya menghubungi ayah gadis berkenaan.
Berdasarkan maklumat daripadanya, gadis itu kini bekerja sebagai jururawat di Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) di Indonesia.
“Alhamdulillah….. Nur Hamidah seperti didalam gambar yg Tn Norizan Saad selamatkan semasa runtuhan Highland Tower tu sekarang ini tinggal di Indonesia, beliau bekerja sebagai Jururawat/Bidan di Puskesmas, sekarang telah berumur 23tahun (sama usia dengan masa tragedi).
“Salah seorang dari Pegawai Kanan Bomba (Tuan Taufiq) telah berjaya menghubungi Ayah Nur Hamidah.
“Semoga dapat diketemukan nanti Penyelamat dan Insan yang diselamatkan.
“Berkongsi bersama info (screen capture) dari FB (Facebook) Nur Hamidah,” tulis status berkenaan.