
Mengesahkan bahawa titah ucapan Agong disediakan oleh kerajaan, Speaker Dewan Rakyat itu bagaimanapun menambah pemilihan perkataaan ditentukan oleh Seri Paduka.
Ia merupakan amalan yang sedia termaklum semua wakil rakyat, justeru tindakan Kit Siang itu menimbulkan tanda tanya.
“Apakah persepsi yang cuba kamu (Kit Siang) sampaikan?” soal Pandikar pada sidang media di Parlimen, hari ini. “Apakah dia (Kit Siang) cuba menunjuk pandai?”
“Apakah dia cuba mengatakan Agong berbohong? Atau dia cuba mengatakan Agong boneka kerajaan?”
“Saya rasa dia (Kit Siang) manusia paling bijak di Malaysia,” sindir Pandikar, namun tiada hukuman boleh dikenakan keatas tokoh DAP itu.
“Tidak ada bawah peraturan mesyuarat (mengatakan) buat kenyataan di luar Dewan Rakyat (boleh) (di)ambil tindakan,” katanya.
Pandikar Amin berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai kenyataan yang dikeluarkan Kit Siang.
“Biar orang ramai yang lihat,” katanya. “Kalau dia sudah begitu dia cuma melanggar etika Parlimen. Mengapa dihujah,” katanya.
Seri Paduka di Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Parlimen ke-13 Isnin lalu menitahkan pentadbiran sedia ada dikekalkan.
Titah Seri Paduka itu bagaimanapun mengundang reaksi tajam daripada tokoh DAP itu.
“Ucapan titah Agong itu (disediakan) oleh kerajaan,” kata Kit Siang, yang ketika ini digantung selama 6 bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat sejak Oktober lalu.