KUALA LUMPUR: Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda mendedahkan beliau tidak dibenar mengulas atau mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkaitan politik kepada pihak akhbar.
Menurutnya, arahan itu dikeluarkan kepada beliau tanpa menjelaskan alasan terperinci.
“Saya tak boleh masuk surat khabar sekadar TV boleh la, sebab itu arahan. Isu politik pun tak boleh ulas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Muzakarah Pakar Ulama dan Alam Sekitar di IKIM disini hari ini.
Ketika ditanya isu pencemaran bauksit di Pahang, Zulkifly berkata beliau juga tidak mahu menyentuh perkara itu kerana takut disalah tafsir pihak tertentu.
“Saya tak boleh sentuh isu ini (bauksit) takut boleh disalah tafsir bermacam-macam. Saya tak boleh ulas perkara ini,” katanya.
