Walaupun tindakannya itu membanggakan negara sekaligus menempatkan namanya sebaris dengan model terkemuka dunia, namun Tuti teruk dikritik ekoran tindakannya bertentangan dengan ajaran Islam.
Gadis berusia 24 tahun itu dikecam malah ada sesetengah netizen bertindak melampau dengan menggelarkan remaja itu ‘next top ahli neraka’.
Tidak terhenti di situ, ada sesetengah netizen yang membayangkan Tuti akan berbogel di dalam program berkenaan, memandangkan konsep asal program realiti berkenaan ada segmen model perlu berbogel.
“Next top neraka bila lagi.. bangganye aku Melayu Islam dapat sampai ke tahap tu,” tulis pengguna Facebook Azr Linda.
Bagaimanapun, tidak kurang juga ada yang mendoakan agar Tuti berubah ke arah yang lebih baik sekaligus mematuhi syariat yang ditetapkan agama Islam.
“Setiap orang ada sejarah hitam dan putih. Mendoakan perubahan ke arah kebaikan itu lebih baik. tak sokong tak apa, kerana selemah-lemah iman itu adalah mencela dari hati. bukan menzahirkan aib diri sendiri” tulis Ismaelisma MY.
