Kumpulan ditindas perlu bergabung desak Najib undur – Hamidah

Kumpulan ditindas perlu bergabung desak Najib undur – Hamidah

Rakyat perlu bergabung untuk berjuang bersama-sama bagi memastikan Najib undur atau melepaskan jawatan.

Hamidah-Osman_mahathir_umno_600

PETALING JAYA:
Keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO semalam jelas memberi isyarat besar kepada rakyat termasuk ahli parti Melayu itu sendiri agar mereka bersatu.

Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, sudah tiba masanya rakyat serta ahli parti bergabung mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita tampil menyelamatkan Malaysia. Rakyat Malaysia juga sepatutnya bergabung untuk bersama-sama berjuang memastikan Najib undur atau melepaskan jawatan,” katanya kepada FMT.

Hamidah turut menyatakan kesediaannya bergabung bersama Dr Mahathir dan pemimpin yang lain supaya turun ke akar umbi membuat penerangan bahawa UMNO sekarang ini bukan lagi berjuang untuk parti dan rakyat tetapi berjuang demi Najib.

“Saya sendiri sedang mengatur beberapa program untuk kita turun ke bawah menerangkan kepada akar umbi apa yang sedang terjadi sekarang ini (melibatkan pentadbiran negara dan UMNO itu sendiri).

“Saya juga bersedia bergabung bersama Tun M dan kumpulan yang dianiaya (mangsa politik) Najib untuk membuat jelajah seluruh negara,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.