Perkara itu diberitahu oleh para pengilang tepung selepas mereka menghadiri mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) minggu lepas.
Memetik laporan MStar Online, seorang pengilang tepung yang hanya mahu dikenali sebagai Ng berkata, tepung gandum seberat 25 kilogram yang sebelum ini dibeli dengan harga RM33.75 akan naik menjadi RM42 selepas subsidi dihapuskan.
Bagaimanapun katanhya, kerajaan masih mengekalkan subsidi bagi 1 kilogram tepung gandum pada harga RM1.35.
Ng berkata, mereka sebelum ini menikmati sebanyak RM600 hingga RM800 bagi setiap tan metrik tepung yang dihasilkan setiap bulan atau 60 sen hingga 80 sen sekilo bergantung kepada harga gandum di pasaran.
Subsidi itu katanya, telah merosakkan harga pasaran tepung kerana kos memproses gandum menjadi tepung boleh melebihi RM33.75 sekilo.
Harga untuk pengeluaran tepung adalah berbeza-beza berdasarkan harga gandum iaitu yang terkini adalah RM968 (AS$230) satu tan metrik.
