Beberapa blog hiburan melaporkan, Aliff telah memuat naik status di akaun Instagram (IG) yang berbaur kecewa dengan menulis ‘lidah tidak bertulang tetapi cukup untuk mematahkan hati seseorang’.
Memetik laporan blog rotikaya.com, mungkin juga status itu cara pemasaran baru yang dipraktikkan oleh Aliff untuk menarik orang ramai berkongsikan perkara tersebut di laman sosial, lebih-lebih lagi gambar tersebut turut membawa jenamanya sekali.
Blog itu juga melaporkan, Aliff dan juga isterinya, Datin Nur Shahida telah memadam foto terkini mereka berdua daripada IG masing-masing dan hanya tinggal beberapa sahaja foto lama.
“Apa pun, semoga segala apa yang berlaku, berjumpa jalan penyelesaian yang terbaik,” tulis blog itu.
