Kutipan Ola Bola cecah RM12 juta selepas 18 hari

Kutipan Ola Bola cecah RM12 juta selepas 18 hari

Ia masih mengungguli carta Top 10 GSC sejak mula ditayangkan akhir Januari lalu.

ola-bola1

PETALING JAYA:
Filem Ola Bola yang kini masih ditayangkan di pawagam terus mendapat sambutan apabila kutipan jualan tiket kini telah mencecah RM12 juta.

Walaupun tidak dibarisi pelakon yang mempunyai nama besar dalam arena hiburan, namun, filem arahan Chiu Keng Guan itu tetap menjadi pilihan para pengunjung pawagam selepas 18 hari ditayangkan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Astro Shaw yang juga syarikat penerbitan filem berkenaan, sejak ditayangkan pada 28 Januari lalu, jualan tiketnya terus laris biarpun hampir tiga minggu dimainkan di panggung.

Ola Bola juga masih mengungguli carta Top 10 Golden Screen Cinemas (GSC) sejak mula ditayangkan akhir bulan lalu.

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola ialah kisah kejayaan, keberanian dan semangat bersatu-padu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan seterusnya muncul menjadi wira negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.