Isteri Harith Iskander berkongsi rasa gembira di Facebook

Isteri Harith Iskander berkongsi rasa gembira di Facebook

Walaupun dia seorang mualaf tidak ada sesiapapun dapat memisahkan kebahagiaannya dengan ibunya yang berketurunan India dan ayahnya yang berketurunan Cina

Isteri-Harith-Iskandar

PETALING JAYA:
Isteri pelakon dan pelawak terkenal Harith Iskander melahirkan kegembiraannya meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama dengan ibu dan ayahnya.

Menerusi status yang dimuat naik di Facebook Jezamine Lim Iskander menulis, meskipun dia kini seorang mualaf, tidak ada sesiapa pun yang dapat memisahkannya dengan ibunya yang berketurunan India dan ayahnya yang berketurunan Cina.

“I spent 28 years of my life being a Buddhist and Hindu.

“I love my family and I still support their religious practise because spiritually doesn’t come from religion, it comes from our soul. And that’s how we will bring up our kids,” tulisnya.

Status itu turut dimuat naik bersama sekeping gambar yang menunjukkan Harith bersama dengan ipar dan ibu bapa mertuanya dalam mimik muka yang ceria.

Status Jezamine itu mendapat respon daripada kenalan Facebooknya yang rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh keluarga Harith Iskander itu.

Yee Leng memberikan komen;

“Selamat Tahun Baru Cina, gambar keluarga yang menarik,” tulisnya.

Seorang lagi rakan Facebook Jezamine, Fafa Alwi pula menulis;

“Bersetuju dengan kamu, Selamat Tahun Baru Cina,” katanya.

FACEBOOK LINK

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.