Hasan Malek ucap Gong Xi Fa Chai tunggang terbalik

Hasan Malek ucap Gong Xi Fa Chai tunggang terbalik

Ia menjadi perhatian kerana ucapan dalam bahasa Cina ditulis terbalik, berbunyi 'Cai Fa Xi Gong'

Hasan-Malek_cny_600

KUALA LUMPUR:
Kain rentang yang dipasang oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini menjadi perhatian warga maya.

Ucapan pada kain rentang yang dipasang di kawasan Parlimen Kuala Pilah itu ditulis dalam bahasa Malaysia serta bahasa Cina.

Namun ia menjadi perhatian ekoran ucapannya dalam bahasa Cina yang secara terbalik, berbunyi ‘Cai Fa Xi Gong’

Teks ruminya bagi perkataan ‘cai’ (nasib) juga dieja secara silap sekali gus menjadi bahan sindiran.

Kain rentang tu memaparkan gambar Hasan dengan ucapan ‘Selamat Tahun Baru Cina 2016′.

Gambar kain rentang tersebut pada mulanya disiarkan di laman Facebook “We Fully Support Pakatan Harapan’ dan telah dikongsi 709 pengguna.

Kesilapan itu telah membuat sebilangan warga maya geli hati dan bertindak membalas semula dengan versi kain rentang dalam keadaan Hasan pula yang terbalik.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna Internet melihat kesilapan dari sudut positif, dengan menyamakan membaca mesej dari bawah ke atas umpama “kebangkitan” ke arah yang lebih baik untuk Tahun Baru Cina.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.