Ahli akademik puji Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Ahli akademik puji Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Langkah memanggil semua pihak yang terlibat dalam krisis Menteri Besar Kedah merupakan satu tindakan yang demokratik.

Sultan-Kedah

PETALING JAYA :
Ahli akademik memuji dengan tindakan yang diambil Jemaah Pemangku Sultan Kedah menangani krisis Menteri Besar Kedah.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, langkah memanggil semua pihak yang terlibat dalam krisis itu merupakan tindakan yang demokratik.

Beliau berkata, tindakan Jemaah Pemangku Sultan Kedah itu menunjukkan mereka tidak mahu pentadbiran Kedah menjadi kacau bilau.

“Sebelum dia (Jemaah Pemangku Sultan Kedah) buat keputusan, dia jumpa orang-orang yang terlibat. Jumpa kumpulan Datuk (Seri) Mukhriz (Tun Mahathir), kumpulan Datuk (Seri) Ahmad Bashah Md Hanipah, kumpulan pembangkang.

“Bagi saya itu bagus menunjukkan kerjasama pihak Istana..kurang-kurang mereka tidak buat keputusan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.

Ramlah menambah, tindakan itu juga menunjukkan keprihatinan mereka akan kemelut politik yang berlaku.

“Adakah Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menyatakan dia (Jemaah Pemangku Sultan Kedah) tidak boleh memnberikan pandangan atau tidak boleh orang merujuk kepada dia dalam isu perlantikan menteri besar.

“Saya rasa mereka sebagai penasihat adalah untuk check and balance sistem politik yang berlaku,” tegasnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.