EXCO Agama Negeri Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim dalam kenyataan terbarunya kepada FMT hari ini mengesahkan bahawa beliau menjunjung titah yang diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar itu.
“Kerajaan Negeri Johor menjunjung setinggi-tinggi titah ini. Ini untuk mengelakkan umat Islam Johor dari terkeliru dari ajaran Islam sebenar.
“Pihak Jabatan Agama Islam Johor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penceramah yang tidak dibenarkan serta penganjur yang menganjurkan acara melibatkan mereka,” kata beliau.
Usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dokumen itu daripada penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut tidak membuahkan hasil.
“Maaf, saya tidak dapat komen mengenai dokumen itu,” ujarnya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Penelitian FMT keatas dokumen itu mendapati bahawa syor larangan keatas 16 penceramah termasuk Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, telah dibawa ke mesyuarat MAINJ dan telah diluluskan anggota mesyuarat.
