1MDB: Peguam Negara terima permintaan kerjasama Switzerland

1MDB: Peguam Negara terima permintaan kerjasama Switzerland

Siasatan itu berkenaan kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu oleh 1MDB, melibatkan wang berjumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion).

apandi-ali_1mdb_swiss_600

PETALING JAYA:
Jabatan Peguam Negara sedia bekerjasama dengan pihak Switzerland berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia kenyataan balas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap permintaan Ketua Pendakwaraya Switzerland yang secara rasmi meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu oleh 1MDB, melibatkan wang berjumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion), lapor Astro Awani.

Walau bagaimanapun, Mohamed Apandi juga memberitahu beliau akan melihat terlebih dahulu siasatan Switzerland bersama dengan hasil siasatan pihak berkuasa berkaitan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Terdahulu, pada Selasa, Mohamed Apandi menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung kes SRC International selepas telah mengembalikan semula sebahagian besar dana yang dikatakan ‘RM2.6 bilion’ yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

“Ia merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa sebarang balasan,” katanya pada satu sidang khas.
Malah turut dilaporkan, tiada keperluan bagi kerajaan Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan berhubung sumbangan dana itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.