Mufti Perlis puji Faizal Tahir

Mufti Perlis puji Faizal Tahir

Persembahan pada AJL30 yang memaparkan kem pelarian rakyat Syria di Yarmouk dan Madaya menjadi misi kemanusiaan dan wajar dicontohi pengiat seni tempatan.

maza-faizal

PETALING JAYA:
Tindakan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL), Faizal Tahir menyampaikan lagu Assalamualaikum Dunia dengan berlatar belakang gambar-gambar yang berlaku di Syria seperti di kem pelarian Yarmouk dan di Madaya mendapat pujian.

Dia bukan sahaja mendapat pujian netizen tetapi juga mendapat perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dalam status terbaru Dr Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza di Facebooknya berkata, usaha misi kemanusiaan yang dibuat Faizal Tahir itu seharusnya dicontohi oleh pengiat seni tanah air yang lain.

“Saya ingin mengucapkan syabas kepada saudara Faizal Tahir yang berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya.

“Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi,” katanya.
Terdahulu, persembahan atau Faizal atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Mohamad Tahir itu telah menerima pelbagai respon di kalangan pengguna media social.

“Lagu Faizal Tahir bawa mesej kemanusiaan paling realistik melihat keadaan dunia sekarang,” kata pengguna Facebook, Zaid Jantan.

“Semoga Allah memberkati kamu Faizal Tahir dan teruskan perjuangan dalam industri muzik sebagai jalan dakwah yang luas. Alhamdulilah lagu ini sangat bagus dan penyampaian yang sangat ikhlas dan jujur. Kita bersaudara,” kata Napi Sarawakian.

“Sampaikan apa yang termampu selagi mampu, sehabis mampu kerana suara kau di dengari oleh seluruh pelusuk dunia, Assalamualaikum,” kata Mohd Safwan Sufni.

Dalam pertandingan AJL edisi ke-30 itu, usaha Faizal Tahir membuahkan hasil apabila dipilih sebagai Naib Juara yang membawa pulang wang tunai RM35,000 dan trofi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.