Bantah TPPA di Padang Merbok bukan Dataran Merdeka, arah polis

Bantah TPPA di Padang Merbok bukan Dataran Merdeka, arah polis

Polis mahu penganjur memastikan perhimpunan berjalan aman dan tiada pelanggaran undang-undang oleh peserta.

ZAINOL-SAMAH
PETALING JAYA : Peserta Himpunan Bantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang dirancang esok, diarah supaya tidak berkumpul di Dataran Merdeka.

Sebaliknya, polis menasihatkan peserta himpunan itu supaya berkumpul secara aman di Padang Merbok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap peserta yang melanggar arahan dan nasihat pihak berkuasa.

“Kita juga menasihatkan pihak penganjur supaya memastikan perhimpunan yang diadakan esok berjalan dengan aman.

“Pihak penganjur juga hendaklah memastikan tiada kumpulan yang mencetuskan pergaduhan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, mengulas isu lain, Zainol berkata pihaknya telah menangkap enam lelaki Melayu yang sedang melakukan khianat ke atas harta benda awam dengan menconteng lambang anarki pada jam 4 pagi tadi.

Katanya, pihak polis sedang menjalankan soal siasat untuk mengenalpasti ahli kumpulan itu yang masih bebas untuk tindakan lanjut.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.