Polis sukar bendung judi online kerana akta lapuk

Polis sukar bendung judi online kerana akta lapuk

Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang diwujudkan sejak 50 tahun lalu terlalu lemah dan hanya mengenakan hukuman ringan kepada pesalah

sabu-samah,judi-online

SHAH ALAM:
Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang diwujudkan sejak 50 tahun lalu menyebabkan polis sukar untuk mengatasi masalah judi atas talian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, undang-undang yang sedia ada lemah malah hukumannya pula terlalu ringan.

“Semua sedia maklum, perjudian dalam talian ini memberikan pulangan yang banyak dan kita pula mempunyai undang-undang yang lapuk. Ini menyebabkan, ramai pihak di luar sana tidak tahu dan anggap polis tidak buat kerja.

“Kita menggunakan akta sejak 1953. Saya sendiri belum lahir lagi pada waktu itu. Hukuman yang dikenakan tidak begitu berat dan banyak kelemahan dari segi pembuktian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Samah turut menggesa agar undang-undang yang baharu digubal dengan turut mengaitkan pemilik premis.

“Tuan premis juga harus dipertanggungjawabkan. Sindiket judi online menyewa premis dan menjanjikan sewaan yang lebih mahal kepada pemilik premis. Sebab itu, orang suka sewakan kepada sindiket.

“Kalau undang-undang ini digubal, ia membolehkan tuan premis didakwa dan apabila disabitkan kesalahan, premisnya mungkin dirampas atau disita,” tegas

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.