Media Sin Chew Daily melaporkan keluarga Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, keduanya berumur 13 tahun, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu lori dan pemaju terbabit.
Bapa Zi Xin, Wei Ting berkata beliau mahu seseorang mengambil tanggungjawab diatas kematian anaknya.
“Saya sangat sayangkan dia. Saya rela jika saya yang dilanggar oleh lori itu. Saya sanggup mati untuk dia,” katanya.
Ibu-bapa Siow Xuen juga dilaporkan teramat hiba semasa menuntut jasad anak mereka.
Menggambarkan senario itu, Sin Chew melaporkan ibu-bapa mendiang teresak-esak dan cuba ‘mengejutkan’ anak mereka.
Sementara itu, Sin Chew juga melaporkan ibu-bapa SMK Bandar Damai Perdana, Kajang, berang mengapa pemaju terbabit membenarkan lori mereka melalui jalan sekolah itu.
Mereka dilaporkan sangat tidak berpuas dengan pemaju yang tidak aktif berhubungan dengan penduduk ketika kejadian itu berlaku. Pihak sekolah sebelum ini dikatakan telah membuat aduan lori menggunakan Jalan Damai Perdana itu.
