Dua pelajar sekolah maut dirempuh lori hantu

Dua pelajar sekolah maut dirempuh lori hantu

Lori hantu terbabit turut melanggar tiga kenderaan dan 15 motosikal

accident
PETALING JAYA: Dua pelajar perempuan Tingkatan Satu daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Kajang maut selepas dilanggar lori hantu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi, lori hantu terbabit menghadapi masalah brek dan terbabas sebelum melanggar tiga kenderaan dan 15 motosikal di hadapan sekolah berkenaan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, rempuhan itu menyebabkan dua pelajar perempuan SMK Bandar Damai Perdana tersepit di bawah van yang remuk akibat dilanggar lori hantu terbabit.

Insiden berkenaan turut mengakibatkan dua wanita lain yang kebetulan berada di situ, cedera ringan.

“Bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan pada polis sebelum dibawa ke hospital,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.