Tauke Qu Puteh minat tiga pelakon ‘sado’

Tauke Qu Puteh minat tiga pelakon ‘sado’

Salah seorang pelakon itu - Shahnaz Ahmad, Aaron Aziz, Zul Ariffin- akan akan dipilih untuk membintangi filem Cikgu Online

sado

PETALING JAYA:
Tiga pelakon bertubuh tegap atau ‘sado’ merupakan antara nama yang disebut-sebut oleh tauke produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk membintangi filem yang bakal diterbitkannya.

Tiga nama yang disebut-disebut yang akan dipilih menjadi hero untuk filem berjudul Cikgu Online ialah Shahnaz Ahmad, Aaron Aziz dan Zul Ariffin.

“Saya suka Shahnaz Ahmad, Aaron Aziz dan Zul Ariffin tetapi ramai pilih Aaron. Heroin belum ada tapi yang pasti saya berlakon dalam filem itu. Saya hendak promosikan produk saya.

“Saya suka lawak spontan. Saya tidak mahu pelawak buat lawak. Saya mahu orang biasa, spontan daripada skrip,” kata Datuk Vida yang dipetik dari sebuah laman portal.

Mengulas lanjut, jutawan produk kecantikan yakin filem yang akan diterbitkannya itu pada akhir tahun ini mampu mengatasi kejayaan filem Polis Evo yang mencecah kutipan kira-kira RM17.5 juta.

Katanya, filem sulungnya itu akan mengisahkan tentang seorang guru yang mendapat inspirasi untuk berniaga secara atas talian.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.