China kurangkan import filem AS

China kurangkan import filem AS

Jurucakap Pentadbiran Filem China berkata penyesuaian dibuat berdasarkan 'prinsip pasaran'.

cinema
China sebagai pasaran filem kedua terbesar akan perkenal lebih banyak filem berkualiti dari negara lain.
BEIJING:
China mengumumkan rancangan mengurangkan secara sederhana jumlah filem Amerika Syarikat (AS) yang diimport, lapor Xinhua.

Jurucakap Pentadbiran Filem China, berkata penyesuaian itu dibuat berdasarkan prinsip pasaran dan mencerminkan cita rasa penonton, memandangkan kenaikan tarif terbaharu AS terhadap import dari China dijangka memberi kesan terhadap minat penonton China terhadap filem AS.

Sebagai pasaran filem kedua terbesar di dunia, China sentiasa mengamalkan dasar keterbukaan tinggi dan akan memperkenalkan lebih banyak filem berkualiti dari negara lain bagi memenuhi permintaan pasaran, kata jurucakap itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.