El Nino: Kerajaan negeri dinasihat pantau sumber air

El Nino: Kerajaan negeri dinasihat pantau sumber air

Kerajaan negeri juga diminta mengkaji sumber alternatif seperti air bawah tanah dan kolam takungan bagi menambah sumber air mentah

SPAN

PETALING JAYA:
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meminta semua negeri memantau rapi kedudukan sumber air di empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah.

Langkah berjaga-jaga itu berikutan perubahan cuaca panas yang dijangka berlaku dari Januari hingga Mac 2016.

“Walaupun cuaca panas mulai dirasai, namun pada masa ini bekalan air di Semenanjng Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan masih lagi dalam keadaan terkawal.

“SPAN juga masih belum menerima sebarang laporan kekurangan sumber air disebabkan oleh cuaca panas.

“Bagaimanapun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan sumber air di negeri masing-masing mencukupi untuk memenuhi keperluan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, kerajaan negeri juga diminta mengkaji sumber alternatif seperti air bawah tanah dan kolam takungan bagi menambah sumber.

“Pengguna juga dinasihatkan supaya berhemah dalam menggunakan air dan tidak membazir supaya sumber air yang ada dapat bertahan lebih lama,” jelasnya.

Sebelum ini, Kementerian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan seluruh Malaysia akan menghadapi cuaca panas dan kejadian fenomena El Nino yang sedang berlaku, dijangka akan berterusan sehingga suku pertama 2016.

Fenomena El Nino ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 hingga 60 peratus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.